Organisasi Pentadbiran Pusat Kokurikulum
Pusat Kokurikulum diletakkan di bawah pentadbiran
Bahagian Hal Ehwal Akademik memandangkan aktivitinya
adalah menjurus kepada keperluan akademik. Struktur
organisasi Pusat Kokurikulum adalah di tunjukkan seperti
di bawah:
Fungsi Setiap Unit Di bawah Pusat Kokurikulum
1.Unit Akademik
1) Menguruskan pemilihan kursus dan pendaftaran
2) Menyemak senarai pelajar yang telah mendaftar kursus
kokurikulum
3)Menyediakan jadual pelaksanaan, jadual kelas, senarai
nama pelajar dan keperluan alat bantuan mengajar kepada
pengajar/jurulatih.
4)Menjadi sekretariat mesyuarat pengajar/jurulatih
mahupun penyelaras/pengurus sekolah/program.
5) Mengumpulkan dan merekodkan kehadiran pelajar.
6)Mengumpulkan dan merekodkan pemarkahan setiap komponen
kursus dan seterusnya menyerahkan kepada sekolah/program.
7) Menguruskan semua keperluan peperiksaan kokurikulum
8)Menguruskan penawaran, pelantikan, pas pengajar/jurulatih
sambilan dan tuntutan pengajar/jurulatih.
9) Membantu menguruskan urusan pentadbiran Pusat Kokurikulum
10) Tugas – tugas yang diarahkan dari masa ke
semasa
2.Unit
Latihan
1)Menyediakan peralatan - peralatan yang berkaitan
dengan kursus kokurikulum
2) Menyelenggara dan membuat inventori peralatan.
3)Menyediakan laporan berkenaan penggantian dan pembelian
peralatan.
4)Memberi khidmat nasihat kepada pelajar – pelajar
yang akan mengadakan aktiviti luar dari segi persediaan,
pelaksanaan dan keperluan lain yang berkaitan.
5) Menyemak kertas kerja aktiviti luar pelajar.
6) Membantu pengajar/jurulatih memantau pelaksanaan
aktiviti.
7) Menyediakan penjadualan aktiviti luar agar tidak
bertindan dengan aktiviti lain.
8) Bertanggungjawab mengambil peruntukan kewangan
sesuatu aktiviti dan mengagihkan kepada pengajar/jurulatih
serta membuat laporan kewangan apabila selesai aktiviti
dijalankan.
9) Membantu menguruskan urusan pentadbiran Pusat Kokurikulum.
10) Tugas – tugas yang diarahkan dari masa ke
semasa.