Pengenalan
Kegiatan kokurikulum di setiap institusi pengajian
tinggi dititikberatkan sejak akhir-akhir ini. Sesetengah
institut pengajian tinggi menjadikan kokurikulum sebagai
sebahagian daripada pengiraan jam kredit dalam keperluan
keseluruhan pembelajaran di universiti. Aktiviti kokurikulum
menjadi penyumbang ke arah pembentukan sahsiah, kepimpinan,
kreativiti dan sebagainya kepada pelajar.
Pelajar-pelajar diberi peluang untuk memilih kursus
yang diminati agar matlamat kegiatan kokurikulum ini
dapat dicapai. Memandangkan sebahagian besar daripada
program di kolej ini merupakan program kerjasama dengan
universiti-universiti tempatan, pihak kolej mengikuti
syarat dan keperluan akademik sebagaimana di IPTA.
Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan
kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Yayasan
Melaka berdasarkan kepada keperluan sekolah. Para
pelajar perlu lulus dalam kegiatan yang disertainya
dan menyertai sepenuhnya aktiviti yang dijalankan
sebagaimana keperluan kursus akademik yang lain sebelum
pelajar layak menerima penganugerahan ijazah atau
diploma.
Sebelum ini penyelarasan kegiatan kokurikulum diletakkan
di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Ini menimbulkan kekeliruan beberapa pihak untuk membezakan
aktiviti kokurikulum dengan kegiatan kelab dan persatuan.
Justeru itu pihak kolej dalam proses penstrukturan
semula beberapa jabatannya, mengasingkan kegiatan
kokurikulum di bawah pentadbiran akademik dengan menubuhkan
Pusat Kokurikulum pada 10hb April 2001 yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan kegiatan kokurikulum.
Pemantauan yang sepenuhnya dapat dibuat oleh jabatan
ini bagi memastikan bahawa perlaksanaan aktiviti adalah
sejajar dengan keperluan sekolah/akademik masing-masing.
Rasional Penubuhan Pusat Kokurikulum
Unit khusus yang menguruskan penawaran dan perlaksanaan
kegiatan kokurikulum bagi semua sekolah dan program
selaras dengan keperluan akademik.
Matlamat dan Objektif Pusat Kokurikulum
1. Menguruskan kegiatan kokurikulum ketahap yang lebih
efisian dan profesional
2. Menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan
keperluan pembangunan sahsiah, ilmu pengetahuan pelajar
dan keperluan masyarakat.
3. Memenuhi keperluan jumlah pelajar yang semakin
bertambah selaras dengan perkembangan kolej.
4. Memenuhi hasrat kolej untuk melahirkan pelajar
yang terdidik dan terlatih serta mempunyai keseimbangan
yang menyeluruh agar pelajar menjadi graduan yang
matang.
Peranan Dan Tanggungjawab Pusat Kokurikulum
1. Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang bersesuaian
untuk ditawarkan di Kolej Yayasan Melaka sejajar dengan
kemampuan kemudahan prasarana, sumber tenaga manusia,
keperluan kepada pelajar dan kewangan kolej.
2. Memelihara mutu program dan kursus dengan memastikan
silibus serta tenaga pengajar yang berkualiti dan
mempunyai pengiktirafan dari badan berkaitan.
3. Menyediakan prosedur-prosedur yang berkaitan dengan
perlaksanaan dan perjalanan kursus.
4. Mendapatkan kelulusan Lembaga Akreditasi Negara(LAN)
bagi setiap jenis kursus yang kokurikulum ditawarkan.
5. Menyelaraskan perlaksanaan aktiviti kokurikulum
termasuk penjadualan, kewangan, tenaga sumber manusia
dan sebagainya.
6. Menguruskan pentadbiran kursus kokurikulum termasuklah
pendaftaran, gugur tambah kursus, penilaian, peperiksaan,
pemarkahan dan pengredan.
7. Menyediakan infrastruktur kursus dari segi peralatan,
kemudahan dan sebagainya sejajar dengan keperluan
aktiviti dan kursus yang ditawarkan.
8. Mengadakan sistem kawalan penikaian yang bermutu
dan berkesan.
Misi Pusat Kokurikulum
1. Memenuhi misi dan visi kolej untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai pengetahuan yang seimbang di antara
akademik dan praktikal.
2. Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang mempunyai
ketahanan diri yang tinggi dalam melaksanakan tugas
organisasi.
3. Mencungkil kemahiran dan minat semulajadi pelajar
untuk diketengahkan bagi faedah diri, masyarakat dan
agama.
4. Melatih pelajar berurusan dengan masyarakat luar
agar pelajar yang dihasilkan dapat membiasakan diri
dengan suasana sebenar kehidupan.
5. Mewujudkan semangat kerjasama, perpaduan, toleransi
dan sebagainya di kalangan pelajar berbilang kaum.